Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, April 13, 2016

[LIPIS] `JIRAN JERIT MINTA KELUAR'


‘Jiran jerit minta keluar’


“Nasib baik ada orang main takraw dekat rumah jerit suruh makcik keluar...kalau tidak, tak tahulah.

“Makcik terkejut tengok atap rumah pusaka yang makcik duduk sejak lebih 40 tahun dulu diterbangkan angin. Nasib baik juga makcik berehat di bahagian dapur, kalau berehat di ruang tamu entah apa lah yang akan berlaku pada makcik,” cerita Hapsah Awang Muhamad, 68.

Ketika kejadian, warga emas itu sedang berehat di bahagian dapur rumah sebelum dikejutkan dengan jeritan jiran yang memintanya keluar.

Menurutnya, setelah mendengar jeritan, dia bergegas keluar sebelum melihat beberapa keping atap di bahagian ruang tamu dan bilik tidur diterbangkan angin kencang.

Kata Hapsah, bencana itu merupakan kejadian kali kedua dialaminya dan paling teruk kerana menjejaskan sebahagian daripada kediamannya.

Sementara itu, seorang penduduk Taman Selinsing, Mela, Rosidah Ahmad, 55, berkata, dia terkejut dan tidak menyangka ribut u kencang berlaku di kampung berkenaan.

Sebelum ini katanya, dia sentiasa berdoa supaya ALLAH turunkan hujan disebabkan fenomena El Nino, namun ribut yang melanda kelmarin menyebabkan dia tergamam.

Namun, dia menganggap kejadian itu sebagai dugaan selain bersyukur kerana tiada penduduk yang cedera.

“Makcik lihat sendiri angin kencang terbangkan beberapa keping atap zink di bahagian garaj rumah jiran.

“Disebabkan terkejut, suami makcik sempat laungkan azan beberapa kali...minta agar ALLAH redakan ribut,” katanya.

Ahli Parlimen Lipis, Datuk Abdul Rahman Mohamad yang meninjau keadaan rumah pendudukdi Kampung Mela bersyukur tiada kemalangan jiwa berlaku meskipun bencana itu menyebabkan banyak kediaman penduduk rosak. 

“Kita telah arahkan kontraktor baiki segera lima rumah yang rosak teruk.

“Ketua Kampung dan agensi kerajaan di sini akan menilai jumlah keseluruhan kerosakan kediaman penduduk untuk diberi bantuan pemulihan,” katanya .


0 comments:

share2