Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, April 13, 2016

[KUANTAN] JEREBU BUKAN SEBAB KEBAKARAN HUTAN


Jerebu bukan sebab kebakaran hutan


Keadaan berjerebu di sekitar bandar Kuantan pagi semalam bukan disebabkan kebakaran di negeri ini.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Morni Mamat berkata, jerebu berlaku seketika apabila asap dari kawasan lain ditiup angin melalui daerah ini dan keadaan pulih menjelang petang.

Menurutnya, bacaan indeks pencemaran udara (IPU) di stesen ukuran di Indera Mahkota juga menunjukkan tahap sederhana iaitu 53 pada jam 1 petang.

“Saya percaya jerebu ini datang dari kawasan lain sebab itulah jerebu hanya berlaku sementara. Kejadian kebakaran hutan di negeri ini masih berlaku di hutan gambut di Sungai Ular iaitu belakang kawasan Akademi Sultan Ahmad Shah (Amsas) tetapi ia berjaya dikawal.

“Setakat ini (semalam) api berjaya dipadamkan, namun masih terdapat sekitar 28 hektar kawasan bara api masih belum dipadamkan sepenuhnya daripada 68 hektar kawasan yang terlibat,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Morni berkata, operasi pemadaman dijangka akan selesai sepenuhnya hari ini.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri, Rosli Zul berkata, kualiti udara di daerah ini masih berada pada paras yang baik.

“Berdasarkan rekod di stesen Balok dan Kuantan tahap kualiti udara masih berada pada paras sihat,” katanya.


0 comments:

share2