Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, April 13, 2016

KHAIRUDDIN GAGAL BATALKAN PERTUDUHAN


Khairuddin Abu Hassan


Kuala Lumpur - Bekas Naib Ketua Umno Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan gagal membatalkan pertuduhan mensabotaj perkhidmatan perbankan dan kewangan negara yang dihadapinya selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan bantahan awal Jabatan Peguam Negara terhadap permohonan itu.

Keputusan itu dibuat oleh Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Nordin Hasan selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak di hadapannya pagi ini.

Dalam keputusannya, Nordin berkata, mahkamah tidak mempunyai kuasa dalam menentukan keesahan Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang dilantik sebagai Peguam Negara pada 27 Julai tahun lalu.

"Berdasarkan Perkara 154(1) Perlembagaan Persekutua yang memperuntukkan perlantikan Peguam Negara adalah mengikut perkenan Yang Dipertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri," katanya.

Menurutnya, Perkara 145(5) Perlembagaan Persekutuan turut menyatakan peguam negara hendaklah memegang jawatan itu selama yang diperkenan Yang Dipertuan Agong.

"Jelas di sini, kuasa perlantikan dan pemegangan jawatan peguam negara terletak pada Yang Dipertuan Agong," katanya.

Khairuddin selaku pemohon memfailkan permohonan itu pada 3 Februari lepas dengan menamakan Pendakwa Raya sebagai responden.

Dalam notis usul itu, Khairuddin memohon perintah mahkamah supaya pertuduhan yang dihadapinya mengikut Seksyen 124L Kanun Keseksaan dibatalkan dengan serta-merta atas alasan pertuduhan tersebut dikemukakan tanpa mana-mana kuasa pendakwaan yang sah pada 12 Oktober 2015 oleh Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali menurut Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan.

Khairuddin turut memohon beliau dilepaskan serta-merta daripada pertuduhan itu selain memohon lain-lain perintah yang dianggap sesuai oleh mahkamah.

Beliau mengemukakan permohonan itu atas alasan Mohamed Apandi tidak mempunyai kuasa yang sah sebagai Peguam Negara ketika dirinya didakwa di mahkamah pada 12 Oktober 2015 kerana pelantikan Mohamed Apandi adalah untuk menggantikan kekosongan jawatan Peguam Negara sebelum itu iaitu Tan Sri Abdul Ghani Patail, adalah bercanggah dengan peruntukan Perlembagaan negara.

Pada 12 Oktober 2015, Khairuddin, 54, dihadapkan ke mahkamah bersama-sama peguam Matthias Chang Wen Chieh, 66, atas dakwaan cuba melakukan sabotaj terhadap perkhidmatan perbankan dan kewangan negara di lima lokasi antara 28 Jun dan 26Ogos 2015, mengikut Seksyen 124L Kanun Keseksaan dan dibaca bersama-sama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun.

Lima lokasi itu ialah pejabat Ketua Bahagian Jenayah Ekonomi dan Kewangan Perancis di Paris; Balai Polis Charing Cross London, United Kingdom; pejabat Peguam Negara Switzerland di Bern; Balai Polis WaiChan, Hong Kong; dan ibu pejabat polis Cantoment, Singapura.

Pada 18 November 2015, Mahkamah Tinggi di sini memutuskan pertuduhan mensabotaj perkhidmatan perbankan dan kewangan tidak tertakluk di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA), dan membebaskan Khairuddin dan Chang masing-masing dengan jaminan RM10,000 dan seorang penjamin serta pasport mereka diserahkan kepada mahkamah.


1 comments:

  • Anonymous says:
    April 13, 2016 at 2:24 PM

    Dah termakan jasa puak2 kapir laknat...siapa lg klu bukan puak2 lgbt yg backing 2 ekor ni. Puak2 anc funder, manakan boleh lepas dari bangkrap.Samala puak2 yg bersengkonkol dgn zionis WSJ

share2