Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, April 13, 2016

SIDANG DUN NEGERI SEMBILAN KECOH SEKETIKA


Negeri Sembilan


Seremban - Persidangan Dun Negeri Sembilan semalam kecoh seketika apabila dikatakan Adun Gemencheh, Mohd Isam Mohd Isa mengeluarkan kata- kata yang agak kasar pada sesi perbahasan titah ucapan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, semalam.

Mohd Isam mengeluarkan perkataan itu merujuk dakwaan Adun Repah, S Veerapan yang mengatakan kemunculan baju merah mengganggu perpaduan negara.

“Kumpulan baju merah wujud kerana sikap kurang ajar baju kuning atas penganjuran sebanyak empat kali perhimpunan Bersih,” katanya.

Kata- kata yang dikeluarkan Mohd Isam itu mengundang kemarahan Adun Bukit Kepayang, Cha Kee Chin dan Veerapan yang bingkas bangun memohon perkataan itu ditarik balik.

“Siapa kata kurang ajar? Saya pakai baju kuning hari ini, tarik balik perkataan kurang ajar itu,” kata Kee Chin.

Mohd Isam kemudiannya enggan menarik balik perkataan itu menyebabkan suasana menjadi gamat seketika apabila Adun pembangkang meminta perkataan itu ditarik semula.

Speaker Dun, Datuk Dr Awaluddin Said kemudiannya mengarahkan Kee Chin dan Veerapan supaya bertenang dan duduk.

“Yang Berhormat sepatutnya minta izin dari saya terlebih dahulu sebelum minta tarik balik perkataan itu. Yang Berhormat sudah melanggar peraturan dewan

“Pagi tadi ada yang menyebut perkataan lagi kasar dari ini tetapi tiada seorang pun yang bersuara. Ini menunjukkan Yang Berhormat pilih kasih.

“Saya nasihatkan semua Yang Berhormat agar berhati-hati dalam penggunaan perkataan. Saya memandang serius perkara ini,” katanya.

Sidang Dun kemudiannya kembali bersidang tanpa penarikan balik perkataan itu.


0 comments:

share2