Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, April 13, 2016

TULISAN `HELP' BANTU WANITA TERSESAT


Tulisan 'help' bantu wanita tersesat


Tucson - Jika sebelum ini, tiga orang lelaki hilang berjaya diselamatkan selepas sebuah pesawat ternampak perkataan 'help' (tolong) yang disusun menggunakan kayu pokok, perkara itu turut dilakukan oleh seorang wanita yang tersesat di dalam hutan lebih sembilan hari.

Tanda 'help' itu berjaya menyelamatkan Ann Rodgers, 72, yang hilang di hutan di Arizona selama sembilan hari sejak awal bulan ini.

Menurut Ann, dia mempunyai bekalan air dan makanan, namun ianya hanya mampu bertahan untuk hanya beberapa hari menyebabkan dia terpaksa meninggalkan keretanya untuk mencari makanan.

"Saya makan tumbuh-tumbuhan dan anjing saya turut cuba mencari tempat yang mudah dan selamat untuk pergi," katanya dipetik AP.

Menurut pihak berkuasa, wanita itu hilang pada 31 Mac ketika dalam perjalanan melawat cucunya di Phoenix namun dia tersesat dan kereta hibrid dipandunya kehabisan gas dan kuasa elektrik.

Pasukan penyelamat kemudian hanya menemui keretanya selepas tiga hari operasi pencarian.

Pada 9 April, angggota menyelamat menemui anjing milik wanita itu dan sebuah helikopter turut ternampak tulisan 'help' yang disusun daripada kayu dan batu di atas tanah oleh wanita itu.

Wanita itu telah meninggalkan kawasan berkenaan namun berjaya ditemui selepas ternampak api isyarat yang dinyalakan wanita itu.

Sementara itu, Ann berkata, dia terduduk dan menangis sebaik helikopter tersebut menyedari isyarat yang dibuatnya sekaligus berjaya menyelamatkannya.


0 comments:

share2