Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, April 14, 2016

LEBIH 50 PELAJAR DISERANG HISTERIA


Lebih 50 pelajar diserang hi‎steria


Kota Bharu - Pelajar di sebuah sekolah menengah di Pengkalan Chepa di sini diarahkan bercuti hari ini selepas sesi persekolahannya 'terganggu' sejak Isnin lalu apabila lebih 50 pelajarnya serta beberapa gurunya didakwa diserang histeria.

Kejadian terbabit dipercayai bermula pada Isnin lalu selepas ada pelajar mendakwa melihat makhluk asing di sebuah kelas kosong.

Pelajar tersebut kemudian rebah dan meracau-racau sebelum 'berjangkit' kepada pelajar lain.

Seorang mangsa, Raja Nor Athirah 17, yang merupakan pelajar tingkatan 5 di sekolah berkenaan berkata, dalam kejadian pada kelmarin dia berasa kebas di kedua-dua belah tangan sebelum fikiran menjadi berserabut.

"Mula-mula kedua-dua tangan kebas, selepas itu dunia rasa gelap dan serabut. Saya mula menangis sehinggalah guru-guru datang membantu," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Sementara itu seorang bapa berkata, anaknya yang belajar di tingkatan 3 juga memberitahu sekolah terbabit ditutup hari ini.

"Anak saya pulang ke rumah memberitahu dia tidak perlu ke sekolah esok. Namun pihak sekolah tidak memberikan sebarang penjelasan atau sebab kenapa sekolah ditutup," katanya.

Usaha untuk menemubual pihak pentadbiran sekolah dan guru tidak berhasil ekoran pihak terbabit enggan mengulas.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Jaafar Ismail ketika dihubungi berkata, perkara itu adalah merupakan masalah dalaman sekolah selain enggan mengulas lanjut.


0 comments:

share2