Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, April 14, 2016

ISTERI DITUDUH BAKAR SUAMI KETIKA TIDUR


Isteri dituduh bakar suami ketika tidur


South Carolina - Seorang wanita dituduh cuba membunuh suaminya dengan membakar semasa lelaki itu sedang tidur, lapor AP.

Memetik media tempatan, Pejabat Sherrif, Union County melaporkan, Lashawn Stevens Hardy,44, didakwa cuba membunuh dengan cuba membakar suaminya dalam satu serangan Sabtu lalu.

Mangsa memberitahu, isterinya mencurahkan petrol kepadanya ketika sedang tidur sebelum menyalakan api.

Mangsa dikejarkan ke hospital Georgia dan mengalami luka terbakar tahap dua di bahagian leher dan belakang badan.

Dalam pada itu, sama ada wanita itu mendapatkan perkhidmatan peguam untuk pembelaan tidak dipastikan.


0 comments:

share2