Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, April 19, 2016

[KUANTAN] : 73 ACARA PELANCONGAN SEPANJANG 2016 - EXCO PELANCONGAN



19.4.16.  Pahang telah menyenaraikan 73 acara pelancongan sepanjang tahun ini dan dijangka akan bertambah sebelum Tahun Melawat Pahang bermula tahun depan.

EXCO Pelancongan dan Kebudayaan Pahang, Dato' Sri Mohd Shakar Shamsudin berkata promosi pelancongan akan dilakukan secara berterusan di dalam dan luar negara sehingga  hujung tahun ini.

"Kita menjangka akan menambah kehadiran pelancong 25 hingga 30 peratus. Kalau sekarang 10.5 juta, kita menjangka ia meningkat ke 12 juta atau 13 juta orang. Sementara jumlah pendapatan negeri dalam bidang pelancongan pada tahun lepas adalah  RM7.5 bilion dan  sasaran Tahun Melawat Pahang adalah RM10 bilion."

"Kerajaan Pahang juga mengalu-alukan syarikat swasta dan persatuan mengadakan acara-acara yang boleh menarik kehadiran pelancong. Kerajaan akan membantu dari segi kemudahan dan sedikit kewangan kepada mereka. Yang penting mereka dapat memeriahkan keadaan di tempat-tempat menarik yang sedia ada di Pahang", kata Dato' Sri Sharkar.

Datuk Sri Shakar bercakap dalaem sidang akhbar di Majlis Perjanjian anatara Kerajaan Pahang dan Monkey Theory Sdn Bhd yang akan menganjurkan acara Slide The City dan Annual Kuantan Half Marathon bulan depan.

0 comments:

share2