Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, April 18, 2016

'DULU ADA YANG JANJIKAN PROJEK MEGA DI SARAWAK...'


Najib Tun Razak


Shah Alam – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memaklumkan bahawa kerajaan mahukan rakyat Sarawak dapat menikmati sistem perhubungan darat yang lebih selesa dan moden.

Menurut beliau, dahulu, ada pihak yang menjanjikan projek mega di Sarawak seperti Empangan Bakun namun pelaksanaannya tidak mengikut tempoh yang ditetapkan malah turut menelan bajet yang tinggi.

“Bahkan, apa yang penduduk setempat di kawasan empangan dapat hanyalah melihat projek mega itu tetapi mereka masih tiada bekalan elektrik,” katanya menerusi laman sosial Facebooknya, hari ini.

Dalam pada itu, Najib berkata, beliau memberi jaminan tidak akan mengulangi kesilapan yang dilakukan oleh pemimpin terdahulu dalam pembinaan Lebuhraya Pan Borneo Fasa Keempat bagi jajaran Simpang Bintangor ke Jambatan Sungai Kua yang dilancarkan semalam.

Menurut beliau, pihaknya akan mengusahakan projek ini sebagai usaha bagi mewujudkan peluang pendapatan dan pekerjaan kepada Bumiputera Sarawak yang terbabit dalam pembinaan lebuh raya berkenaan.

“Projek Lebuh Raya Pan Borneo besar ertinya kepada saya dan Sarawak,” katanya.


0 comments:

share2