Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, April 18, 2016

DI MANA LETAKNYA JALAN TERPENDEK DI DUNIA?


Di mana letaknya jalan terpendek di dunia?


Wick - Ebenezer Place adalah antara jalan yang paling unik di dunia memandangkan ia merupakan laluan yang terpendek dengan panjangnya hanya kira-kira dua meter sahaja.

Lokasi Ebenezer Place terletak di bahagian utara Scotland serta bersebelahan dengan Sungai Wick.

Selain daripada itu, Ebenezer Place juga turut mendapat pengiktirafan daripada Guinness World Record pada 7 Mac 2014 lalu berikutan memiliki laluan hanya sepanjang 6.9 kaki atau kira-kira 2.06 meter.

Sebelum ini, jalan paling pendek di dunia terletak di Elgin Street dengan panjangnya sekitar 5.2 meter sahaja.

Apa yang menarik mengenai jalan ini adalah hanya terdapat satu alamat yang berdaftar di bawah laluan tersebut iaitu sebuah bistro yang merupakan sebahagian daripada Mackays Hotel yang dibangunkan sejak tahun 1883.

Menurut sejarah, nama Ebenezer di ambil bersempena dengan nama pemilik hotel tersebut dan dijadikan nama rasmi laluan berkenaan sejak tahun 1887.

Difahamkan, orang ramai hanya mengambil masa kira-kira lima saat untuk melalui jalan tersebut. 


0 comments:

share2