Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, March 30, 2016

WAJAH IRAS SCHA, DAYANA ROZA TEPIS DAKWAAN BUAT PEMBEDAHAN




Pelakon yang mula dikenali menerusi drama Asam Pedas Untuk Dia, Dayana Roza menepis segala tuduhan yang dakwa dia membuat pembedahan plastik wajahnya untuk kelihatan seperti aktres terkenal, Scha Al-Yahya.

“Bagi saya itu semua bukan satu masalah yang besar, banyak artis lain yang mempunya iras wajah seperti selebriti lain.

“Saya tak pernah melakukan apa-apa pembedahan demi mengubah wajah yang sedia ada untuk kelihatan seperti Scha.

“Saya bukan meniru siapa-siapa. Sebenarnya, mungkin ada mata-mata yang melihat wajah saya seiras dengan Scha, tetapi tidak.

“Saya tidak nampak mana irasnya wajah kami berdua walaupun dari dahulu lagi sudah ada yang cakap kami seiras”

Dayana yang juga dikenali melalui filem Zombi Kilang Biskut mengakui sejak dia mula dikenali dalam industri, dia sangat menjaga segala kelakuan dan tindakannya setiap kali berada di luar rumah.

Tambahnya, jika dia keluar rumah tanpa memakai makeup dan tidak bersiap, pasti ada peminat yang akan mengenalinya.


0 comments:

share2