Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, March 30, 2016

LELAKI RENTUNG KETIKA TIDUR DALAM KERETA


pdrm


Kuala Lumpur - Seorang lelaki rentung apabila kereta jenis BMW dinaikinya terbakar di lorong Touch n Go, Plaza Tol Lebuhraya Sprint Damansara di sini, kira-kira jam 5 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata mangsa yang dipercayai sedang tidur di dalam keretanya dengan membiarkan enjin dihidupkan, gagal menyelamatkan diri apabila kenderaan tersebut terbakar.

"Menurut maklumat daripada pekerja tol, kereta itu berhenti di lorong Touch n Go kira-kira jam 4 pagi. Lelaki berkenaan keluar dari kereta sebelum duduk di kerusi penumpang hadapan dan terus tidur.

"Pekerja tol cuba mengejutkan lelaki berkenaan tetapi kereta berkunci dan cermin tertutup rapat. Kira-kira sejam kemudian kereta itu terbakar bermula dari bahagian enjin," katanya di sini semalam.

Mohd Zani berkata, polis sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti identiti mangsa dan hasil semakan mendapati kereta itu didaftarkan di Taman Canning, Perak.

Sementara itu, Penolong Pengarah Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 5.19 pagi dan tiba di lokasi kejadian jam 5.25 pagi.

"Kereta berkenaan musnah 98 peratus manakala dua pondok tol berhampiran musnah 100 peratus," katanya, sambil menambah kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 5.31 pagi.


0 comments:

share2