Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, March 29, 2016

[MARAN] MB RASMI HARI KESEDARAN PELESENAN DAN KUALITI GETAH



28.3.2016 - Lembaga Getah Malaysia (LGM) dengan kerjasama Koperasi Pekebun Kecil Daerah Kuantan dan Maran Berhad telah menganjurkan Program Jelajah Negeri Hari Kesedaan Pelesenan Dan Kualiti Getah 2016 pada 28 Mac 2016 lalu di Arena YAM Tengku Muda, Maran Pahang.

Program berkenaan telah dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Diraja Haji Adnan Yaakob. Program ini merupakan salah satu inisiatif LGM turun padang untuk berinteraksi dengan pihak yang berkepentingan dalam industri getah negara khususnya pekebun-pekebun kecil, pelesen-pelesen serta agensi yang terlibat.

Objektif program ini adalah memberi kesedaran mengenai kepentingan mematuhi peraturan-peraturan LGM dan kepentingan pengeluaran dan penjagaan kualiti getah yang baik.

Program ini akan dilaksanakan di seluruh Semenanjung Malaysia meliputi 7 lokasi; Pahang, Kedah, Kelantan, Perak, Negeri Sembilan dan Johor dan Maran, Pahang merupakan lokasi pertama penganjuran.

Pelbagai pengisisn aktiviti sepanjang program tersebut antaranya;
1. Kaunter Insentif Pengeluaran Getah (IPG)
2. Permohonan Kad Permit Autorial Transaksi Getah (PAT-G)
3. Taklimat dan pemberian IPG
4. Taklimat penanaman getah terbaik
5. Pameran pelesenan dan kualiti getah
6. Pameran Kebenaran Pembelian Bergerak (KPB)
7. Pameran agensi-agensi kerajaan dan swasta

Dalam ucapan perasmiannya, MB Pahang turut menjelaskan senario harga getah masa kini yang dipengaruhi oleh negara-negara pengimport getah dunia.

Menteri Besar juga memaklumkan usaha kerajaan dibawah pimpinan DS Najib telah melakukan berbagai usaha bagi membantu pekebun-pekebun kecil getah antaranya memperuntukkan sejumlah RM200 juta bagi tujuan mengaktifkan Insentif Pengeluaran Getah.

Kerajaan menetapkan Paras Harga Pengaktifan (PHP) pada kadar RM2.20 di peringkat ladang bagi menjamin harga getah diperingkat ladang yang diterima pekebun tidak lebih rendah dari harga yang ditetapkan. Dalam kata lain, kerajaan akan menanggung kekurangan harga getah sekiranya berada dibawah RM2.20.


0 comments:

share2