Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, March 29, 2016

FENG SHUI BANGLO 'TALAK ONG' - ALASAN DAP!




Mari sini semua… kita dengar lagi ini satu lawak kelakar terbaharu demi mempertahankan pasal banglo murah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng di Jalan Pinhorn, George Town.

Dalam usaha menyelamatkan maruah anak bos besarnya, Ahli Parlimen DAP Seputeh, Teresa Kok menyalahkan faktor ‘feng shui’ punca ahli perniagaan wanita, Phang Li Koon menjual banglo tersebut pada harga RM2.8 juta.

Ini berbanding pasaran semasa iaitu RM6.5 juta kepada Ahli Parlimen Bagan itu.

Teresa berucap pada perhimpunan Gerakan Selamatkan Malaysia di Shah Alam, Selangor pada Ahad, beliau turut mendakwa bahawa wanita itu menjual di bawah harga pasaran kerana Setiausaha Agung DAP adalah rakan baik.

“Itu perkara kecil aja tetapi mereka sengaja memperbesarkannya supaya kempen ‘Selamatkan Malaysia’ gagal mendapat tarikan.

“Phang berasa bangga kerana menjual rumah itu kepada ketua menteri di negeri itu dan merasakan perbezaan sebanyak beberapa juta tidak menjadi satu masalah.

“Jika saya ada sebuah rumah dan saya jual kepada Zaid Ibrahim atau Mohamad Sabu, saya tidak akan dapat keuntungan daripadanya, yang mana ia perkara sama dilakukan Phang dan ia sengaja diperbesarkan,” katanya.




Beliau mendakwa bahawa episod pendedahan Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya di Dewan Rakyat mengenai skandal itu sengaja diperbesarkan untuk menenggelamkan Kongres ‘Selamatkan Malaysia’.

Masalahnya, Teresa terlupa pula untuk memberitahu rakyat bahawa jika ‘feng shui tidak baik’ seperti didakwa sekarang, tentunya awal-awal lagi Li Koon tidak akan membeli banglo bodoh itu daripada mula lagi.

Atau mungkin Li Koon berbeza dari masyarakat Cina lain yang langsung tidak menggunakan khidmat pakar ‘feng shui’ sewaktu habis berbelanja jutaan ringgit untuk membeli rumah mewah itu.

Atau mungkin juga, Li Koon sebelum ini telah ditipu oleh peramal ‘feng shui’ dengan mengatakan konon banglo itu sebagai 8,8,8 dan bakal membawa tuah besar kepada Guan Eng sendiri?

Lalu timbul pula persoalan apakah mungkin tanah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di Taman Manggis pun ‘feng shui tidak baik’ hingga memaksa kerajaan DAP Pulau Pinang gadai dan menukar statusnya.

Katanya tanah itu kecil untuk buat rumah pangsa PPRT 17 tingkat, tetapi yang peliknya cukup pula untuk syarikat itu hendak bina hospital mewah setinggi 30 tingkat dan hotel di atas bidang tanah kecil tersebut.

“I don’t understand LGE’s logic. He said land is too small for a 17 floors low-cost PPR but enough for a 30 floors hospital + hotel?,” kata Pengarah Strategik BN, Datuk Abdul Rahman Dahlan menerusi tweet beliau.

Atau apakah mungkin, demi untuk mengubah status ‘feng shui tidak baik’ itu maka tanah PPRT Taman Manggis itu terpaksa dijual kerajaan DAP Pulau Pinang kepada syarikat yang didakwa nak buat pula untung atas angin.

Beli tanah RM11 juta daripada kerajaan negeri dan didakwa hendak jual semula kepada pihak ketiga RM20 juta. Dah tu ada orang dalam syarikat berkenaan pula didakwa ada kaitan dengan Li Khoon.

Sebelum ini Ahli Parlimen DAP Tanjong, Ng Wei Aik turut membuat ‘buat lawak’ terhebat apabila berkata Guan Eng hanya sebagai seorang akauntan biasa dan mana tahu nilai rumah yang hendak dibelinya.

Apakah dia terlupa portfolio urusan hal ehwal tanah di negeri itu adalah di bawah Guan Eng sendiri dan terlupa membuat perbandingan kes serupa bekas menteri besar Selangor, Dr. Khir Toyo hanyalah seorang doktor gigi.

Maaf cakap, mudah sungguh ahli-ahli parlimen DAP memberi alasan bodoh untuk menghalalkan skandal pembelian banglo Guan Eng itu yang didakwa bawah harga pasaran. Selepas ini apa agaknya lawak terbaharu?


1 comments:

  • Anonymous says:
    March 29, 2016 at 8:54 PM

    Lucu puak dapigs nak membela maharaja mrk....

share2