Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, January 23, 2016

RAMAI PEMANDU TEKSI JEPUN BAWA HANTU MANGSA TSUNAMI




Tokyo — Pengalaman tujuh pemandu teksi di Jepun berikut ini menyegarkan kembali kenyataan bahawa memang ada kehidupan setelah kematian, lapor akhbar berpengaruh tempatan, The Asahi Shimbun pada Khamis.

Pada awal musim panas tahun 2011, seorang pemandu teksi yang bekerja di Ishinomaki, Prefektur Miyagi; yang telah hancur akibat tsunami dahsyat beberapa bulan sebelumnya, mengalami satu pertemuan cukup misteri.

Seorang perempuan yang mengenakan kot tebal menaiki teksinya dekat stesen Ishinomaki. Perempuan itu memberitahukan arah tujuannya kepada pemandu: “Tolong hantarkan saya ke daerah Minamiyama.”

Si pemandu, yang berusia 50-an tahun terkejut lantas bertanya: “Daerah itu sunyi, apakah itu tidak apa-apa?” Perempuan itu kemudian berkata dengan suara gementar: “Apakah saya telah meninggal dunia?”

Terkejut dengan pertanyaan spontan wanita berkenaan, pemandu teksi tersebut cuba melihat semula ke kerusi belakang, namun dia mendapati bahawa tidak ada siapa pun yang duduk di tempat belakang kereta itu.

Seorang penuntut tahun akhir Fakulti Sosiologi di Universiti Tohoku Gakuin, Yuka Kudo, telah memasukkan pengalaman pemandu itu dalam tesis penulisannya, sebagaimana dan kemudian disiarkan The Asahi Shimbun.

Kudo menyatakan, sejumlah tujuh pemandu teksi dilaporkan telah mengangkut sendiri ramai penumpang ‘hantu’ susulan tragedi gempa bumi dahsyat yang diikuti dengan bencana tsunami di Jepun pada Mac 2011 lalu.


0 comments:

share2