Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, January 23, 2016

ANCAMAN BOM: PESAWAT MENDARAT CEMAS


Ancaman bom: Pesawat India mendarat cemas


Nagpur - Pesawat milik syarikat penerbangan India GoAir terpaksa melakukan pendaratan cemas di barat Nagpur selepas menerima ancaman bom hari ini, lapor AFP.

Pesawat membawa 150 penumpang dalam perjalanan dari Bhubaneshwar ke Mumbai ketika pihak berkuasa menerima panggilan telefon dari individu yang tidak dikenali mengatakan pesawat tersebut telah diletakkan bom.

"Selepas menerima panggilan tersebut, pesawat terus dilencongkan ke Nagpur," kata GoAir dalam satu kenyataan.

Penumpang dipindahkan dan pihak keselamatan lapangan terbang melakukan pemeriksaan di dalam pesawat serta bagasi penumpang.

"Tiada bom ditemui dalam pesawat dan kesemua penumpang kemudian berlepas semula ke Mumbai," kata kenyataan itu lagi.

Syarikat penerbangan berkata, polis tempatan sedang menjalankan siasatan ke atas ancaman tersebut.

Ancaman tersebut datang sehari selepas polis India mendahan sekumpulan dipercayai radikal Islam dalam siri serbuan di seluruh negara

Agensi Siasatan Negara berkata, bahan membuat bom turut dirampas dalam serbuan di empat negeri dan pihak berkuasa sedang meningkatkan keselamatan susulan sambutan Hari Republik yang akan berlangsung minggu hadapan.


0 comments:

share2