Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, November 1, 2015

SPDP NAFI KELUAR BN


BN


Miri - Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) menafikan khabar angin kononnya parti berusia 13 tahun itu telah keluar daripada gagasan pemerintah, BN.

Presiden SPDP, Datuk Seri Tiong King Sing berkata khabar angin berniat jahat kini tersebar luas kononnya parti itu telah meninggalkan BN, terutamanya di kawasan pilihan raya yang diperuntukkan kepada SPDP.

"Saya boleh beri jaminan bahawa SPDP tanpa ragu-ragu lagi adalah sebuah parti komponen BN, seperti juga rakan kami Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) di Sarawak," katanya pada majlis 'Pemimpin SPDP Bersama Rakyat' di Marudi semalam.

Acara anjuran sayap Pemuda SPDP itu diadakan di Rumah Aji Sungei Selepin Baroh dengan dihadiri lebih 700 orang.

Mengenai kerusi Dewan Undangan Negeri kawasan Marudi, Tiong berkata mengikut tradisi, kerusi itu diperuntukkan kepada SPDP dan parti itu akan mengetengahkan muka baharu dalam pilihan raya kelak.

Sumber memberitahu Bernama seorang pegawai kanan kerajaan negeri berpusat di Marudi disebut-sebut sebagai calon SPDP bagi kerusi berkenaan dalam pilihan raya negeri ke-11 yang dijangka diadakan awal tahun depan.

April lepas, Tiong mengumumkan di Kuching bahawa parti itu menamakan peguam Cila Nasu sebagai calon bagi kerusi Tasik Biru; peguam Kilat Beriak (Krian); juruukur bahan Belayong Jampong (Meluan); ahli perniagaan Brian Fung (Pakan); dan peguam Fabian Andrew Sigar (Ba kelalan).

Beliau bagaimanapun enggan mengumumkan nama calon bagi kerusi Marudi, Bekenu dan Batu Danau memandangkan parti itu masih dalam proses mendapatkan maklum balas daripada akar umbi.

Turut hadir pada majlis itu ialah Anggota Parlimen Baram Anyi Ngau, Ketua Wanita SPDP Datuk Chew Yen Chiew, Ketua Pemuda SPDP Robert Ayu, Pengerusi SPDP Telang Usan Wan Lah dan wakil daripada PBB, SUPP serta PRS.

0 comments:

share2