Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, November 2, 2015

PEKERJA SUBWAY TERKUNCI, GUNA SOS MINTA TOLONG





Seorang pekerja rangkaian restoran sandwich Subway di Gloucester, United Kingdom terperangkap lebih lapan jam dalam bilik sejuk restoran tersebut, baru-baru ini.

Ketika kejadian, Karlee Daubeney, 20, sedang bekerja berseorangan pada shif terakhir.

Dia tiba-tiba terkunci dan terperangkap ketika sedang mengemas dan memasukkan susu segar dalam bilik sejuk.

Panik dengan situasi itu, Karlee bertindak menulis mesej Help di atas kertas menggunakan sos tomato dengan harapan pihak sekuriti dapat melihat mesej itu menerusi kamera litar tertutup (CCTV).

Namun, percubaannya itu gagal kerana tiada siapa yang menyedarinya sehinggalah dia terselamat apabila pekerja shif pagi sampai ke restoran untuk memulakan tugas mereka.

0 comments:

share2