Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, October 15, 2015

KAPAL MT ALMI SPIRIT DIROMPAK DI SELAT SINGAPURA




Johor Baharu: Sebuah kapal, MT Almi Spirit dinaiki enam perompak di Selat Singapura, hari ini. 

Kejadian itu disahkan Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Laksamana Maritim Datuk Ahmad Puzi Ab Kahar menerusi catatan akaun twitter beliau. 

"ALMI SPIRIT dinaiki 6 perompak di Selat Singapura 7am tadi, dipintas KM Rawa dan Bot Kilat APMM di Tanjung Pelepas Johor," katanya menerusi laman twitter terbabit. 

Menurut APMM Wilayah Selatan, sidang akhbar berkenaan kejadian itu akan diadakan pada jam 1.30 tengahari ini di Pejabat APMM Wilayah Selatan, di sini, oleh Ketua Penguatkuasa Maritim Daerah Johor Baharu Kepten Maritim Aminuddin Abd Rashid.

0 comments:

share2