Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, October 15, 2015

[KUANTAN] "KUKUHKAN PERPADUAN DAN KERJASAMA" SULTAN PAHANG


                           

15.10.2015. - KDYMM Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah mahu  semua umat Islam dan masyarakat berbilang kaum dan ugama di Pahang mengukuhkan perpaduan dan kerjasama bagi mencapai kejayaan dalam membangunkan negara.

KDTM Tengku Mahkota Tengku Abdullah mewakili Sultan Ahmad Shah di Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Pahang 1437 Hijrah / 2015 Masihi di Kuantan.

Dengan tema "Perpaduan Nadi Transformasi Negara" Sultan Ahmad Shah menasihatkan supaya memantapkan perpaduan dan penyatuan kerana ia adalah relevan dengan tuntutan semasa dalam masyarkat majmuk di Pahang.

Tengku Abdullah turut menyampaikan kurnia Anugerah Tokoh dan Penghargaan Maal Hijrah Peringkat Negeri Pahang.

Sementara itu Menteri Besar Pahang Dato' Sri Diraja Adnan Yaakob berkata masyarakat Islam mesti ada sifat berjuang, bersemangat tinggi dan tidak mudah mengalah dalam menghadapi cabaran dunia hari ini.

Beliau juga menyampaikan rasa syukur dengan adanya Sultan Pahang sebagai payung kepada rakyat dapat bertindak sebagai teras bagai meleraikan dan meredakan sebarang sengketa yang berlaku di Pahang.terutamanya terhadap umat Islam.


        

0 comments:

share2