Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, August 20, 2015

WARGA MYANMAR DIDAKWA CABUL ISTERI ORANG


Warga Myanmar didakwa cabul isteri orang


Kota Bharu – Seorang lelaki warga Myanmar mengaku tidak salah atas tuduhan mencabul isteri orang di mahkamah majistret, di sini, semalam.

Tertuduh, Aziz Kamal Azizul Haq, 31, didakwa melakukan kesalahan itu terhadap seorang wanita warganegara sama di sebuah rumah tanpa nombor di Kampung Batu 11½ Ketereh, di sini, pada jam 12.30 tengah hari, 22 Ogos tahun lalu.

Dalam kejadian itu, tertuduh didakwa menarik rambut mangsa dan berkata, “aku nak main seks denganmu” dengan niat untuk mencabul kehormatan mangsa.

Tuduhan dijalankan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara yang boleh sampai 10 tahun atau dengan denda, sebat atau mana-mana dua daripada seksaan itu. 

Susulan penafian itu, Timbalan Pendakwa Raya negeri, Mohd Syahrun Nizam Mohd Misan memohon tarikh sebutan untuk pengurusan kes dan tidak menawarkan jaminan kerana warga asing.

Tertuduh tidak diwakili peguam. Dia fasih berbahasa Melayu dan faham pertuduhan yang dibuat ke atasnya.

Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 9 September depan dan jaminan tidak dibenarkan Majistret, Mohamad Nasrudin Mohamed.

Berdasarkan laporan lalu, mangsa yang berada di hadapan rumah ternampak seorang lelaki yang dikenali dengan nama Aziz berlegar-legar di kawasan rumahnya. Mangsa segera menelefon suami kerana takut.

Lelaki itu dikatakan tiba-tiba menarik rambut dan menarik mangsa masuk ke dalam rumah sambil mengeluarkan kata-kata lucah. Lelaki tersebut membuka seluar hingga menampakkan kemaluan, namun mangsa bergelut dan menolaknya.

0 comments:

share2