Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, August 20, 2015

TINDAKAN KELUAR PAS LEBIH MUDAHKAN PARTI


Pas


Pembubaran segelintir Pas kawasan dan cawangan tidak akan berlaku dengan keluarnya kumpulan minoriti bermasalah seperti GHB.

Tindakan mereka selari dengan seruan dari pemimpin kita juga dan memberi ruang penyusunan semula gerak kerja segelintir cawangan dan kawasan yang terlibat dengan kepimpinan peringkat berkenaan yang baru yang akan dapat menguruskan parti tanpa ada lagi gangguan anasir yang subversif terhadap parti sendiri. 

Keluarnya mereka adalah rahmat dan ketenangan kepada jamaah.

Gerak kerja politik akan datang boleh difokuskan kepada persiapan PRU14 yang Pas terus beristiqamah hingga kemenangan. 

Manakala usrah dan lain lain kegiatan tarbiyah boleh dibebaskan kecelaruan fikrah.

Masalah penyesuaian dengan keadaan baru sudah tentu berlaku. 

Ada ketidakselesaan akan terasa dalam tempoh tertentu. Itu biasa dalam dinamik berorganisasi. Orang puteh panggil 'teething problem'.

Saya difahamkan sekiranya masih ada lebih 1/3 Ahli Jawatankuasa asal kekal dalam parti, penyusunan semula boleh dilantik di kalangan mereka yg masih kekal.

Sekiranya kurang dari 1/3, Pas Pusat seperti dalam kes Pas Kawasan Batu, boleh mengambil alih sementara pentadbiran kawasan dan cawangan yang berkenaan. 

Dan boleh memanggil baki ahli-ahli Pas yang ada untuk mesyuarat agung luarbiasa memilih kepimpinan baru.

Baru beberapa bulan berlalu, tiada lagi masalah kedengaran lagi dari Pas Batu sejak kumpulan bermasalah keluar dari Pas. Baki ramai yang tinggal sedang membina kembali kekuatan InsyaALLAH.

Di Terengganu juga keadaan yg sama berlaku. Sejak mengumumkan keluar parti Pas, seorang dua aktivis Pasma yang berkenaan terus tenggelam dan tidak lagi dipedulikan sesiapa. Tidak ada sebab lagi untuk dilayan karenahnya. 

Seperti kita tidak melayan karenah Umno dan yang lain yang bersungguh-sungguh menyebar dakyah memburukkan Pas, kita tidak lagi disibukkan dengan kumpulan bermasalah ini yg menjadi duri dalam daging.

Kita pandanglah kehadapan. Bergerak terus dan biarkan ujian ujian ini menambah pengalaman Pas sebagai parti yang sudah cukup lama menyaksikan asam garam pelbagai karenah pemimpin dan ahlinya sepanjang sejarah turun naiknya.

Pentadbiran hartabenda, premis (aset) dikesemua Pas kawasan dan cawangan yang terlibat perlu diperhati. 

Golongan yang mendakwa profesional ini yang dulu diamanahkan mengurus parti serta harta benda parti akan kita tengok sejauh mana sifat amanahnya dalam memastikan keselamatan aset parti dan jemaah. 

Ini kerana ia melibatkan sumbangan orang ramai kepada perjuangan Pas. Bukan untuk dijadikan milik peribadi sesiapa.

Sekiranya ada berlaku harta benda, premis parti boleh terlepas keluar oleh kerana kecuaian pengurusan terdahulu memastikan pemilikan, penamaaan aset dan premis, maka 'AMANAH' dan profesionalkah amalan berkenaan?



AHMAD AMZAD HASHIM
Pengarah Jabatan Penerangan Pas Pusat

0 comments:

share2