Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, April 5, 2015

‘PEMERGIAN ALLAHYARHAM AMAT MENYEDIHKAN'


Jamaluddin Jarjis


Shah Alam - Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis yang maut dalam nahas membabitkan sebuah helikopter petang semalam.

Menyifatkan ia sebagai berita yang mengejutkan, Shafie berkata, kehilangan Allahyarham pasti dirasai oleh rakan dan sahabat.

"Allahyarham adalah seorang sahabat lama. Kami bersama-sama berjuang semasa saya menjadi Ketua Pemuda Umno Sabah dan beliau pada ketika itu Ketua Pemuda Umno Pahang," katanya.

Ujarnya, negara bukan hanya kehilangan seorang ahli politik yang berwibawa tetapi juga diplomat yang disegani.

"Tiada apa yang boleh saya katakan selain melahirkan rasa simpati dan kesedihan yang amat mendalam berikutan tragedi yang menimpa Allahyarham dan lima yang lain," ujarnya lagi.

[ ARTIKEL BERKAITAN: Jamaluddin Jarjis, lima yang lain terbunuh ]

Ucapan takziah turut dizahirkan Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kepada keluarga Allahyarham dan ahli keluarga mangsa lain dalam nahas terbabit.

"PKR memanjangkan salam takziah kepada keluarga Ahli Parlimen Rompin, Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis, keluarga Ketua Setiausaha Sulit JPM, Datuk Azlin Alias beserta keluarga empat penumpang lain.

"Moga ALLAH SWT mencucuri rahmatnya ke atas roh mangsa nahas. Al-Fatihah," katanya dalam satu kenyataan.

Insiden malang yang mengorbankan enam nyawa itu berlaku pada 4.55 petang semalam di kawasan kebun getah itu di Jalan Sungai Lalang, Kampung Pasir Baru, Semenyih.

[ ARTIKEL BERKAITAN: Helikopter terhempas: Tiga mayat sudah ditemui ]

0 comments:

share2