Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, April 4, 2015

JAMALUDDIN JARJIS, LIMA YANG LAIN TERKORBAN


Jamaluddin Jarjis


Shah Alam - Enam individu termasuk bekas menteri, Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis terkorban dalam kejadian helikopter terhempas di Jalan Sungai Lalang, Kampung Pasir Baru Semenyih, petang tadi.

Keenam-enam mayat mangsa berjaya ditemui pasukan penyelamat pada jam 8.15 malam.

Pasukan mencari dan menyelamat sedang berusaha untuk mengeluarkan mayat berkenaan dari lokasi kejadian.

Terdahulu, Kementerian Dalam Negeri mengesahkan Ahli Parlimen Rompin, Dr Jamaluddin Jarjis antara enam individu berada dalam helikopter yang terhempas di ladang getah di Semenyih.

Menterinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang memaklumkan, Dr Jamaluddin bersama lima yang lain menaiki helikopter itu dari Kuantan ke Subang itu.

"Setakat ini, kami masih mengumpul maklumat terperinci berhubung insiden itu.

"Pihak polis masih menjalankan siasatan dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat," beliau dipetik sebagai berkata.

Dr Jamaluddin merupakan bekas Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat dan juga Ahli Majlis Tertinggi Umno.

Selain Dr Jamaluddin, helikopter tersebut dikatakan turut membawa Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri, Datuk Azlin Alias, ahli perniagaan, Datuk Robert Tan, pemilik Chempaka Aviation, Ajdiana Baiziera dan pengawal peribadi, yang dikenal pasti sebagai Raskan.

Turut dikatakan terbunuh dalam insiden malang itu Kapten Cliff Fournier.

Maklumat terkini, Zahid kini berada di lokasi kejadian dan sedang menantikan kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke lokasi kejadian.

0 comments:

share2