Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, April 8, 2015

PASANGAN SUAMI ISTERI DITAHAN BANTU KES TEMBAK


Kes tembak


Georgetown - Sepasang suami isteri ditahan polis dipercayai terlibat dengan kes cubaan membunuh seorang lelaki berhampiran pasar Jalan Patani, Sungai Pinang di sini Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalatrash Wahid berkata, pasangan berusia 40-an itu ditahan kira-kira jam 12.30 pagi dan 2.45 pagi di Jalan Ranggon di sini.

Beliau berkata, polis turut menemui satu paket plastik yang mengandungi ketulan lut sinar dipercayai dadah dari lelaki berkenaan.

"Siasatan mendapati lelaki terbabit yang juga pengusaha sebuah pusat hiburan mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah.

"Kedua-duanya ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 307 (1) Kanun Keseksaan," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Mior Farid berkata, polis turut merampas sebuah kereta dan serangkai kunci daripada suspek berkenaan.

Sebelum ini media melaporkan seorang penarik kereta cedera di bahagian lengan apabila terkena satu das tembakan berhampiran pasar Jalan Patani, Sungai Pinang.

Dalam kejadian jam 5 pagi itu, mangsa yang berusia lingkungan 20-an dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang oleh orang awam selepas mengalami kecederaan.

Difahamkan, kejadian berkenaan berpunca daripada pergaduhan mulut melibatkan dua kumpulan pelanggan dengan seorang lelaki di sebuah pusat hiburan di pusat bandar beberapa jam sebelum kejadian berlaku. 

Bagaimanapun, suspek dikatakan tersalah sasaran apabila melepaskan tembakan ke arah mangsa.

0 comments:

share2