Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, April 8, 2015

KPDNKK JUMPA PENGUSAHA BINCANG CAJ PERKHIDMATAN


Hasan Malek


Kuala Lumpur - Kerajaan akan berjumpa dengan pengusaha hotel dan restoran bagi membincangkan caj perkhidmatan yang dikenakan kepada pelanggan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Hasan Malek berkata, perbincangan ini dilakukan bagi mengatasi kekeliruan berkaitan caj terbabit.

“Perbincangan ini dilakukan bagi mewujudkan situasi ‘menang-menang’ di antara pelanggan dan juga peniaga.

“Kami (kerajaan) akan berbincang dengan mereka (pengusaha restoran dan hotel) secepat mungkin. Beri masa kepada kami,” katanya dalam sidang media selepas menghadiri ‘Kempen Turun Harga’ KK Mart di Desa Petaling, semalam.

Menurut beliau, isu mengenai caj ini akan diselesaikan oleh pihaknya pada tahun ini juga,

Katanya, buat sementara waktu, hotel dan restoran perlu menunjukkan Perjanjian Bersama (CA) sekiranya mereka hendak mengenakan caj tersebut kepada pengguna.

Dalam pada itu, Hasan berkata, sejumlah 43,161 premis termasuk pasar malam di seluruh negara diperiksa sejak terlaksananya cukai barang dan perkhidmatan (GST) sehingga kelmarin.

“Daripada jumlah ini, 98 kes melibatkan peniaga yang melakukan kesalahan seperti mengambil keuntungan berlebihan, tiada tanda harga,tipu alat timbang dan lesen tamat tempoh,”katanya.

0 comments:

share2