Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, April 16, 2015

'HARAPAN HIDUP KETIKA DI YAMAN SANGAT TIPIS'


‘Harapan hidup ketika di Yaman sangat tipis’



‘Ketika di Daerah Aden Yaman, saat itu yang paling sukar, kerana ruang udara di kuasai oleh tentera Arab Saudi,manakala jalan darat walaupun masih selamat tetapi agak sukar untuk keluar,” Itu antara detik cemas yang dirasai pelajar Malaysia di Yaman ketika mahu keluar dari negara tersebut.

Berbicara lanjut Ahmad Faizal Mohd Asri,19 yang juga penuntut jurusan Syariah Islamiah, Universiti Yaman berkata, suasana ketika itu begitu menggerunkan kerana keadaan di Aden masih berkonflik.

“Sebelum kami berangkat ke Djabouti , banyak berlaku kejadian-kejadian yang tidak disangka.

“Oleh kerana daerah Aden di hujung dan terlindung dengan bukit, kami seringkali mendengar bunyi bom yang kuat. Alhamdulillah apa-apa pun kami masih selamat,” katanya kepada Sinar Online, hari ini.

Berkata lanjut, Ahmad Faizal berkata, selepas selamat di Aden mereka meneruskan perjalanan untuk keluar dari tempat tersebut bagi menuju ke Djabouti, namun apa yang menanti sepanjang perjalanan di Djabouti lebih menakutkan.

“Proses kami ketika dikeluarkan dari Aden ke Djabouti sangat-sangat genting kerana ketika itu beribu-ribu orang Yaman sedang menunggu untuk menumpang mana-mana kapal yang ada. Di Djabouti kami menaiki bot nelayan tanpa jaket keselamatan.

“Bayangkan ketika di atas bot berlakunya ombak yang sangat kuat …tatkala itu saya rasa harapan untuk hidup hanya tinggal 10 peratus,” katanya.

Ahmad Faizal berkata, sepanjang perjalanan itu juga mereka hanya mampu bertawakal kerana terpaksa ambil laluan laut yang amat berbahaya.

Beliau berkata, kumpulan tersebut adalah seramai 160 orang, 67 dari Malaysia tiga dari Thailand dan 90 dari Indonesia.

“Lebih kurang 21 jam bertarung di atas kapal alhamdulillah syukur kami dapat sampai ke Djabuti,” katanya.

Selepas itu katanya, mereka di bawa ke Jeddah dengan menaiki pesawat Herculer milik TUDM.

“Kami dijemput pihak kedutaan di sana ke sebuah hotel, alhamdulillah kami di sini mendapat layanan yang sangat istimewa.

“InsyaALLAH pada malam ini kami akan dibahagikan kepada dua kumpulan, satu kumpulan akan menaiki pesawat Emirates dan satu lagi pesawat Sri Lanka, insyaALLAH kami akan tiba di KLIA jam 3.00 petang esok waktu Malaysia,” katanya.

0 comments:

share2