Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, May 15, 2014

MB MERASMIKAN PROJEK PERUMAHAN RAKYAT 1MALAYSIA (PR1MA) NEGERI PAHANG, JALAN KUANTAN - GAMBANG



Kuantan, 15hb Mei - Pagi tadi Menteri Besar Pahang merasmikan "Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia Negeri Pahang" (PR1MA Pahang) di KM23, Jalan Kuantan - Gambang.

Dalam ucapannya, antara lain beliau menyatakan bahawa projek pembinaan rumah mampu milik untuk rakyat Pahang ini dijalankan bagi mengatasi masalah  keperluan tempat tinggal dikalangan rakyat. 

Sebelum PRU lalu kerajaan telah berjanji akan membina sebanyak 15,000 unit rumah menjelang tahun 2018 namun hanya selama 1 tahun sebanyak lebih 13,000 unit rumah telah dibina, iaitu hampir mencapai sasaran hanya dalam masa yang singkat.

Sebanyak 29 projek PR1MA Pahang telah dilaksanakan iaitu sebanyak 14 projek di Kuantan, 4 di Cameron Highland, 2 masing-masing di Bera, Temerloh dan Pekan serta 1 unit masing-masing di Lipis, Bentong, Maran, Jerantut dan Raub.






2 comments:

  • Anonymous says:
    May 16, 2014 at 2:33 AM

    saya menerima surat dan apply leave pergi majlis perasmian rakyat 1 malaysia may 15 pagi tadi, jadi saya sudah dapat rumah prima belum? :D:D:D

  • polyeer says:
    May 16, 2014 at 2:36 AM

    saya sudah dapat surat perasmian and apply leave pergi jamuan pagi tadi, bila boleh dapatkan surat tawaran :D:D:D

share2