Pengerusi Persatuan
Amal Isteri Wakil Rakyat Pahang (TERATAI) Datin Sri Burhah Mohamed serta mantan Pengerusinya Datin Sri Diraja
Junaini Kassim menyampaikan mesin dan peralatan sumbangan TERATAI bernilai
kira-kira RM200,000.00 untuk kegunaan Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA)
Sumbangan TERATAI berupa satu mesin Defibrilator, dua mesin
CTG, dua Delivery Bed, sepuluh tilam bersalin, enam mesin phototerapi, dua Radiant
Warmer dan satu Jaundice Machine.
Pengarah Hospital Tengku Ampuan Afzan Dr Norazmi Abdullah berkata
kemudahan prasarana dan kemudahan pesakit di HTAA sudah berusia 24 tahun dan
banyak daripadanya kerap mengalami kerosakan.
HTAA juga menerima sumbangan daripada badan-badan NGO
sementara Kementerian Kesihatan menaiktaraf HTAA yang dibuka 24 tahun lalu.
0 comments:
Post a Comment