Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, April 9, 2015

EKSKLUSIF: SULTAN PAHANG BERI PENGHORMATAN KEPADA ALLAHYARHAM KOPERAL RAZAKAN


Kuala Lumpur - Sebelum ini, laman - laman media melaporkan bahawa jenazah Allahyarham Koperal Razakan yang terlibat dalam tragedi helikopter terhempas yang turut mengorbankan Ahli Parlimen Rompin, Tan Sri Jamaluddin Jarjis dan SUSK kepada YAB Perdana Menteri, Datuk Azlin Alias, menghadapi masalah kelewatan untuk dihantar pulang ke Sabah bagi urusan pengkebumian.

Bagaimanapun, sehingga kini tidak ada mana - mana pihak yang tampil untuk memberikan sebarang penjelasan mengenai punca kelewatan pernghantaran tersebut tertangguh.

Pun begitu, tidak ramai yang tahu bahawa KDYMM Tuanku Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah berkenan untuk memberikan penghormatan buat Allahyarham Koperal Razakan di TUDM Subang.

Kisahnya, KDYMM Tuanku baru sahaja berangkat tiba di TUDM Subang dan kemudiannya disembahmaklum oleh Pegawai Atasan PDRM mengenai tragedi helikopter terhempas di Kajang serta memaklumkan mengenai jenazah Kpl Razakan yang sedang diuruskan untuk diterbangkan ke KK di lapangan terbang tersebut.

Baginda kemudiannya menangguhkan seketika perjalanan dari TUDM Subang ke Istana Pahang untuk baginda memberikan penghormatan terakhir serta berdoa kepada arwah. Baginda juga sempat memberikan ucapan takziah kepada balu Allahyarham yang turut berada di lapangan terbang tersebut.

Daulat Tuanku. Sesungguhnya KDYMM Tuanku memang seorang raja yang berjiwa rakyat. Raja dan rakyat berpisah tiada. Menjunjung kasih Tuanku.

0 comments:

share2