Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, March 11, 2015

TEMERLOH : TEAM BIRU 'NIVEA' DI SEKOLAH KEBANGSAAN SANGGANG SEBERANG

Team Biru Sukarelawan NIVEA


Sekolah Kebangsaan Sanggang Seberang menempatkan seramai 387 orang mangsa dalam banjir yang melanda baru lalu. Selama 2 minggu, bermula dari 25hb  Disember hingga 5hb Januari sekolah ini dijadikan sebagai Pusat Pemindahan Banjir bagi kawasan sekitar.

Penduduk dari Kampong Badok, Bintang Hulu, Sanggang Seberang dan Sanggang Seberang Darat telah memanafaatkan bangunan sekolah berkenaan sebagai pusat pemindahan. Menurut Guru Besarnya, Mohd Nor Hussin, sekolah berkenaan yang terdiri dari 4 blok bangunan tidak mendapat ancaman banjir secara langsung selain dari hanya sebuah bangunan yang terletak dipinggir bukit yang ditenggelami air, namun terdapat sedikit kerosakan akinbat dari penggunaannya sebagai penempatan.

Beliau berkata demikian pagi semalam, ketika pihak produk penjagaan kulit 'NIVEA' datang mengadakan gotong-royong mengecat bangunan dan memberikan bantuan kepada pihak sekolah. Katanya lagi; " Sekolah ini diklisifikasikan sebagai Sekolah Kurang Murid kerana hanya ada 103 orang murid sahaja disamping 14 orang guru'.

Walaupun bangunan sekolah tidak terkesan secara langsung akibat banjir namun lebih dari separuh guru dan murid-murid masih menghadapi trauma akibat kemusnahan tempat tinggal dan kehilangan hartabenda. Justeru, pihak NIVEA turut membawa Saudara Zarif bagi tujuan motivasi dan kaunseling terutama kepada murid-murid.

Team Biru 'NIVEA' yang turut disertai NGO telah membantu mengecat bangunan-bangunan sekolah dan pihak NIVEA sendiri menyumbang sebuah van bagi kegunaan mengangkut murid ke sekolah.

Mohd Nor Hussin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak, agensi kerajaan, swasta dan NGO yang telah membantu sama ada sewaktu banjir maupun pasca banjir. Terima kasih juga kepada Lynet Goh Harun dari 'FOWARD' dan Ilya Qastalanni dari 'S&A Intergrated Communications yang terlibat secara langsung dengan program berkenaan bagi pihak 'NIVEA'.


Guru Besar En Mohd Nor Hussin


Sdr Zarif sedang memberi kaunseling





0 comments:

share2