Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, March 17, 2015

MARAN : RAKYAT USAH TAKUT GST

Rakyat usah takut GST


“Umno dan BN mendahulukan perjuangan untuk rakyat bagi mendapatkan sokongan,” kata Ketua Umno Bahagian Maran, Datuk Seri Ismail Abdul Muttalib.

Belia berkata, BN mengambil pendekatan melalui tindakan dan ia terbukti melalui kesungguhan dalam agenda transformasi kerajaan demi kelestarian hidup rakyat.

Menurutnya, perjuangan BN sentiasa konsisten bagi memastikan kesejahteraan dan keharmonian terus dinikmati rakyat walaupun parti itu melakukan proses perubahan kepimpinan.

“Rakyat diingatkan supaya tidak membiarkan diri mereka dipergunakan oleh pihak tertentu. Dakyah dan fitnah yang disebarkan wajar ditepis. Justeru, rakyat perlu memperlihatkan kebijaksanaan,” katanya ketika ditemui pada majlis penyampaian berkelompok dan sumbangan cawangan Umno, di sini.

Ismail yang juga Ahli Parlimen Maran berkata, Umno sentiasa mendepani masalah rakyat dan mengambil tahu perihal kehidupan apatah lagi kehendak yang memerlukan tindakan segera.

Beliau juga mengingatkan rakyat supaya jangan berasa takut apabila mendengar pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada April ini.

“Rakyat kena faham bahawa GST sebenarnya bukan membuatkan harga barang lebih mahal tetapi persepsi negatif yang sengaja dihebahkan menyebabkan kita menganggap cukai ganti ini membebankan,” katanya.



0 comments:

share2