Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, March 17, 2015

TOK AWANG SELAMPIT : NURUL IZZAH DITAHAN, BUKTI KESUBURAN UNDANG-UNDANG DAN DEMOKRASI



Semalam Nurul Izzah, anak kepada Anwar Ibahim yang juga Naib Presiden PKR telah ditahan polis dibawah Akta Hasutan. Selain darinya, beberapa lagi dari Pakatan Rakyat turut ditahan dibawah Akta sama kerana terlibat dengan humpunan #Kita Lawan yang diadakan di Sogo pada 7hb Mac lalu.

Penangkapan mereka itu sememangnya sangat wajar bagi membuktikan bahawa kerajaan sentiasa bertindak tegas kepada mana-mana pihak yang cuba menghina dan mempermain-mainkan undang-undang negara,

Sejak dulu lagi kerajaan patut bertegas agar rakyat juga melihat bahawa sistem dan perundangan kita dihormati dan tiada 'double stabdard'. Bukan perkara asing bila dalam ceramah-ceramah pihak pembangkang mencerca pemimpin kerajaan bahkan sistem perundangan kita tanpa sebarang tindakan diambil terhadap mereka.

Apakah mereka bebas menghina undang-undang negara hanya kerana mereka pembangkang? Andainya jika pembangkang menang dalam pilihanraya apakah bukan undang-undang yang mereka caci ini juga yang akan mereka gunakan? Lebih lagi, apakah jika pembangkang menjadi kerajaan dan ada pihak lain yang mencerca mereka dan undang-undang yang kita gunakan, apakah mereka tidak akan mengambil sebarang tindakan kerana mereka juga pernah melakukan perkara sama? Atau, apakah hukum dan undang-undang hanya betul untuk mereka sebagai pembangkang sebagaimana yang diamalkan oleh puak Pas...'wal-ana Halalun, wal-ente Haramun' - Halal bagi puak Pas dan haram bagi puak yang lain walaupun dalam perkara yang sama.

Tok Awang sentiasa setuju pada ketegasan pihak kerajaan dalm semua perkara. Jangan sesekali berdolak-dalik dalm sesuatu isu. Jangan amalkan 'double standard' dalam sebarang peraturan dan undang-undang. Jangan melindungi mereka yang melakukan kesalahan kerana kebangsawanan mereka. Undang-undang dan peraturan harus dihormati untuk menjadi sebuah kerajaan dan pemimpin yang dihormati.

Kenapa akhir-akhir ini terdapat banyak tunjuk perasaan... demo bersifat perkauman... penghinaan terhadap bangsa Melayu sebagau pribumi dan agama Islam sebagai agama Persekutuan Tanah Melayu? Kenapa ketika zaman Tun Mahathir dulu perusuh dan penunjuk perasaan tidak berani bersuara?

Tok Awang bukan hendak terlalu memuja Tun Mahathir, namun Tok Awang merasa lebih aman pada zaman itu.


Tok Awang Selampit.






0 comments:

share2