Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, March 11, 2015

KUANTAN: KAPTEN TOK GAJAH MASIH TERKEJUT RUMAH DITEMBAK


Mohd Razman Roslan


"Hingga kini saya masih terkejut dengan kejadian yang sangat tak disangka-sangka ini namun kini hati sudah sedikit tenang," demikian Kapten Tok Gajah, Mohd Razman Roslan selepas insiden tembakan yang berlaku di rumahnya di Kubang Buaya, awal pagi tadi.

Kejadian itu menyebabkan cermin belakang kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Vellfire milik bapa mertuanya pecah dalam kejadian tersebut.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 12.30 tengah malam itu, Razman dikatakan sedang menonton televisyen di ruang tamu, manakala isteri, Ozy Azeya Abd Aziz, 31 bersama dua anak lelaki yang berusia 5 dan 3 tahun dikatakan berada di tingkat atas kediamannya.

[ARTIKEL BERKAITAN: Rumah Kapten Tok Gajah ditembak]

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, tiada kecederaan dilaporkan namun hanya cermin belakang MPV Toyota Vellfire yang pecah.

"Kita menerima laporan tengah malam tadi sebelum mengerahkan anggota untuk melakukan siasatan terperinci berkaitan kejadian itu.

"Siasatan awal kemungkinan kemungkinan suspek melepas tembakan lebih daripada satu kali dan kita masih menyiasat motif kejadian itu," katanya.

Beliau berkata, orang ramai dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi dibimbangi akan mengganggu siasatan polis.

0 comments:

share2