Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, March 14, 2015

KUANTAN: DIDENDA KERANA PUKUL



Mahkamah

Mahkamah Majistret Kuantan di sini, semalam mengarahkan seorang lelaki membayar denda RM1,500 selepas mengaku bersalah memukul seorang lelaki.

Chew Ching Boon, 41, yang beralamat di Lorong RRM 14, Semambu diarahkan membayar denda itu selepas mengaku melakukan kesalahan berkenaan di sebuah hotel di Jalan Stadium, dekat sini, pada 5 Julai 2011.

Melalui kertas pertuduhan, Ching Boon dengan sengaja mendatangkan cedera kepada lelaki berkenaan dengan memukul dengan tangan.

Ching Boon melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara sehingga setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya.

Sebelum itu, tertuduh merayu mahkamah supaya dendanya dikurangkan denda kerana hanya bekerja sebagai buruh dengan pendapatan RM1,000 sebulan.

Pendakwaan dilakukan Pegawai Penyiasat Kanan, Asisten Superintendan T Murugesu di hadapan Majistret Nor Aisah Mohamad.

0 comments:

share2