Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, March 10, 2015

BERA: 11 TERMASUK 4 WANITA DITAHAN JUDI HARAM


Lubuk Judi


Polis menahan 11 orang termasuk empat wanita yang dipercayai terlibat kegiatan judi haram dalam serbuan berasingan melalui Op Cantas Tahun Baharu Cina di Triang dekat Bera petang semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang Datuk Mohd Zakaria Ahmad berkata, dalam serbuan pertama pada 5.23 petang, polis menahan tujuh lelaki dan tiga wanita yang dipercayai terlibat dalam kegiatan itu. 

"Dalam serbuan itu, polis merampas wang tunai RM11,445, sebuah meja kayu, lima keping kertas putih dan beberapa cip pelbagai warna dipercayai digunakan dalam aktiviti haram itu," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini. 

Beliau berkata, susulan itu, polis menahan seorang lagi wanita dipercayai pekerja di situ pada pukul 5.47 petang hari yang sama.

Katanya, berikutan penahanan itu, polis turut merampas wang tunai berjumlah RM4,384, sebuah telefon bimbit, beg tangan, beberapa batang pen dan kertas.

Kesemua suspek yang ditahan berumur lingkungan 20 hingga 30an itu dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah Bera untuk siasatan lanjut.

0 comments:

share2