Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, February 14, 2015

KUANTAN : TUNTUT ANDANSURA RABU BUAT DEMO HARGA BARANG TAK TURUN

YB Andansura Rabu Adun Beserah, Kuantan.


Video demo kenaikan harga minyak 20 sen yang diketuai Andansura


YB Andansura Rabu, Wakil Rakyat Pembangkang Pas di Dun Beserah, Kuantan tidak lama dulu ketuai demo kenaikan harga minyak di jalanraya sekitar Taman Kerang, Kuantan. Ketika itu minyak dinaikkan sebanyak 20 sen seliter.

Kita bukan pertikaikan demo berkenaan kerana ianya bukan berkesanpun kerana yang terlibat berdemo hanya sekitar 15 ke 20 orang. Itupun pencacai dan macai yang dibayar. Yang kita pertikaikan adalah ketika harga minyak naik mereka sanggup berdemo konon memperjuangkan kepentingan rakyat walaupun tidak semua rakyat mengunakan banyak minyak.

Yang mengunakan banyak minyak adalah golongan peniaga yang memiliki banyak kenderaan , kenderaan pengangkutan dan termasuklah kenderaan merwah. Jadi, jika kenaikan harga minyak dianggap perjuangan, maka yang mereka perjuangkan sebenarnya adalah golongan peniaga.

Ketika ini harga minyak telah turun menjunam, kenapa Andansura tidak adakan demo membantah peniaga tidak menurunkan harga barang? Inilah sebenarnya perjuangan untuk rakyat kerana rakyat ditindas oleh golongan peniaga yang mencari keuntungan besar meskipun harga minyak sudah turun.

Rafizi Ramli dulu kata harga barang akan turun sebaik saja harga minyak diturunkan, tetapi kenapa ini tidak berlaku? Baru sekarang Rafizi sedar kebodohannya bahawa harga barangan bukan semata-mata ditentukan oleh harga minyak.

Kita menanti-nanti bilakah Andansura akan sekali lagi mengetuai demonstrasi yang kali ini bertujuan meminta peniaga turunkan harga barang atas alasan perjuangan untuk rakyat. Atau apakah Andansura sudah tidak ingin lagi berjuang untuk rakyat dan rela melihat rakyat ditindas peniaga dengan harga barangan yang tinggi?

Dalam video klip diatas beberapa individu memakai 'T' Shirt merah bertulis 'Padan Mukamu' yang menyertai demo. Agak-agaknya apakah mereka itu akan sertai demo yang diketuai Andansura sekali lagi jika tujuannya untuk menurunkan harga barang?

'Padan Mukamu' - yang padan muka adalah orang-orang Melayu yang masih setia menyokong pembangkang dan masih tidak sedar bahawa mereka telah tertipu.. dulu, kini dan selamanya oleh pejuangan yang tidak tentu halatuju.


~ Editor



0 comments:

share2