YB Ir Dato' Sri Mohd Soffi Abdul Razak menyampaikan cenderahati kepada pemandu teksi sewaktu Majlis Perasmian Kempen Keselamatan Jalan Raya di Terminal Sentral Kuantan. |
Kempen keselamatan jalan raya di negeri Pahang sempena sambutan Tahun Baharu Cina kali ini memberi tumpuan terhadap pemandu bas dan kereta sewa, kata Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Asas dan Alam Sekitar, Datuk Seri Ir. Mohd Soffi Abdul Razak.
Katanya golongan berkenaan diberi tumpuan kerana mereka memikul tanggungjawab besar dalam memastikan keselamatan semua penumpang terjamin semasa dalam perjalanan ke destinasi masing-masing.
Katanya golongan berkenaan diberi tumpuan kerana mereka memikul tanggungjawab besar dalam memastikan keselamatan semua penumpang terjamin semasa dalam perjalanan ke destinasi masing-masing.
Bertegur-sapa dan bertanya khabar kepada penumpang - penumpang yang sedang menunggu bas di Terminal Sentral Kuantan |
"Sumbangan pemandu pengangkutan awam mahupun kereta sewa wajar diiktiraf dan diberi penghargaan," katanya selepas melancarkan Kempen Bersepadu Keselamatan Jalan Raya Sempena Musim Perayaan Tahun Baharu Cina Peringkat Negeri Pahang di Terminal Sentral Kuantan, di sini hari ini.
Mohd Soffi, yang juga Pengerusi Majlis Keselamatan Jalan Raya Negeri Pahang, berkata kempen tersebut dilancarkan bagi mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.
Dato' Sri Sharifuddin Ab Ghani, Ketua Polis Pahang urut menyampaikan cenderahati kepada pemandu bas ekspres sambil diperhatikan oleh YB Dato' Sri Ir. Mohd Soffi Abdul Razak |
Beliau berkata kadar kematian di negeri Pahang telah meningkat daripada 445 kes kepada 592 kes sejak 2004 hingga 2013 manakala jumlah kemalangan meningkat daripada 13,349 kes kepada 20,130 kes dalam tempoh sama.
Masyarakat Cina akan menyambut Tahun Baharu Cina pada 19 dan 20 Feb ini.
Majlis itu turut dihadiri Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Sharifuddin Ab Ghani, Pengarah Jabatan Kerja Raya Pahang, Datuk Abd. Jalil Mohamed dan Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pahang, Mark Ujin.
0 comments:
Post a Comment