Kuala Lumpur - Debat mengenai kes Liwat II melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak perlu dilakukan kerana hanya hanya membuang masa.
Ketua Sekretariat Perundangan Umno, Datuk Khairul Anwar Rahmat berkata, apabila Mahkamah Persekutuan telah membuat keputusan, ruang untuk mengadakan perdebatan sudah tertutup. Beliau berkata, sekarang adalah masa untuk memberi penjelasan di luar mahkamah kerana sudah lebih 16 tahun pembangkang memanipulasi kes itu kononnya konspirasi jahat kerajaan untuk mengenakan Anwar.
"Selama ini Umno tidak boleh menjawab isu tersebut kerana dibimbangi menghina mahkamah (contempt of court). Ini masa untuk menjelaskan segala keraguan yang pernah dibangkitkan pembangkang sebelum ini," katanya, Beliau berkata demikian ketika mengulas kesediaan
Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanifa Maidin sedia untuk berdebat dengan peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berhubung kes Liwat II. Kelmarin, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, beliau bersedia menyediakan platform untuk sesi debat terbuka antara Shafee Abdullah dengan pihak yang mempertikai keputusan kes liwat Anwar.
Khairul Anwar berkata, Muhammad Shafee tidak melanggar etika kerana beliau hanya membentangkan dan menerangkan fakta kes tersebut kepada orang ramai.
"Kes tersebut dibicarakan secara terbuka, tidak ada rahsia. Perbicaraan sudah tamat, sekarang adalah masa untuk memberi penerangan secara politik agar rakyat lebih jelas apa yang dilakukan Anwar sebelum ini," katanya.
0 comments:
Post a Comment