Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, February 11, 2015

BERA : 8 PREMIS KENA KOMPAUN

Abdul Razak Yahaya


Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Cawangan Bera mengeluarkan kompaun berjumlah RM5,700 terhadap lapan peniaga yang melakukan pelbagai kesalahan membabitkan perdagangan dalam operasi sepanjang Januari lalu.

Ketua Cawangan KPDNKK Bera, Abdul Razak Yahaya berkata, kesemua kes terbabit membabitkan rampasan berjumlah RM961 di bawah tiga seksyen kesalahan.

Menurutnya, tiga peniaga dikenakan kompaun RM5,200 membabitkan nilai rampasan sebanyak RM391 apabila melakukan kesalahan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan.

“Tiga lagi peniaga dikenakan kompaun bernilai RM300 dengan nilai rampasan sebanyak RM170 apabila melakukan kesalahan di bawah Akta Timbang Sukat manakala dua lagi peniaga dikenakan kompaun berjumlah RM400 dengan nilai rampasan RM200 membabitkan kesalahan di bawah Akta Perihal Dagangan,” katanya sewaktu ditemui di pejabat KPDNKK Bera di sini.

Abdul Razak berkata, sepanjang Operasi Catut dilakukan Januari lalu sebanyak 528 premis diperiksa dengan lapan daripadanya dikenakan kompaun.

Beliau menggesa peniaga di luar bandar dan kawasan Felda mematuhi peraturan perdagangan dan sekiranya mereka ingkar dan menaikkan harga secara tidak munasabah boleh dikenakan hukuman di bawah Seksyen 18 (a) Pertubuhan Perdagangan yang memperuntukkan denda sehingga RM500,000 bagi syarikat.

Menurutnya, orang perseorangan yang dikesan melakukan kesalahan pula boleh dikenakan hukuman di bawah Seksyen 18 (b) Akta Kawalan Harga Anti Pencatutan yang memperuntukkan denda sehingga RM100,000.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang aduan berkaitan peniaga boleh berhubung dengan KPDNKK Bera di talian 00-2506406,” katanya,



0 comments:

share2