Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, February 11, 2015

PADAH CURI DUIT TABUNG MASJID

Tertuduh dihantar ke penjara bagi menjalani hukuman diputuskan terhadapnya, semalam.


KOTA BHARU - Pengajaran buat seorang lelaki kerana perbuatan mencuri dengan mengail duit tabung sebuah masjid berjumlah RM43, dia dihukum penjara 12 bulan oleh mahkamah majistret, di sini, semalam.

Tertuduh, Muhammad Shahrul Izwan Suhaime, 22, mengaku salah didakwa dengan niat mencuri wang kertas bercampur-campur berjumlah RM43 itu di Masjid Mukim Pulau Belanga, Jalan Pengkalan Datu, Binjai, di sini, pada jam 3.30 pagi, 2 Februari lalu.

Sebelum itu, pengadu yang sedang berbual dengan rakannya di hadapan rumah yang tidak jauh dari masjid tersebut terdengar bunyi motosikal berhenti di hadapan masjid.

Curiga dengan kehadiran motosikal tersebut, mereka mengintip dan mendapati seorang lelaki sedang mencuri duit tabung masjid di bahagian luar dengan cara mengail. Menyedari kehadiran pengadu, tertuduh cuba melarikan diri tetapi berjaya ditahan.

Pada prosiding semalam, tertuduh merayu hukuman diringankan, namun Timbalan Pendakwa Raya negeri, Nurliyana Md Zukri memohon hukuman setimpal bagi memberi pengajaran kepada tertuduh supaya tidak mengulangi perbuatan sama.

Hukuman diputuskan Majistret, Mohd Firdaus Zainal Abidin berkuat kuasa tarikh tertuduh ditangkap.




0 comments:

share2