Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, February 20, 2015

BANDUAN MATI KETIKA TERIMA RAWATAN



Nibong Tebal - Seorang banduan yang sedang menjalani hukuman penjara di Kompleks Penjara Seberang Perai dilaporkan mati ketika menerima rawatan di Hospital Sungai Bakap (HSB) di sini, semalam.

K. Elumalai, 43, yang berasal dari Teluk Intan, Perak mengadu sakit sebelum dibawa ke HSB pada pukul 6 petang dan mati kira-kira 20 minit selepas itu iaitu ketika sedang menerima rawatan.

Jurucakap polis berkata banduan berkenaan baru dihantar ke penjara berkenaan awal bulan ini dan telah menjalani hukuman selama setahun 10 bulan di penjara lain.

"Lelaki itu dijatuhi hukuman 12 tahun penjara dan 10 sebatan bagi setiap pertuduhan. Dia didapati bersalah bagi tiga pertuduhan berkaitan dadah," katanya.

Mayatnya dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk dibedah siasat.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Wan Hassan Wan Ahmad mengesahkan kejadian itu dan berkata siasatan lanjut masih dijalankan.

Beliau berkata, pihaknya juga masih menunggu laporan bedah siasat mayat banduan berkenaan.

"Berdasarkan siasatan awal tiada sebarang kecederaan di badan mangsa dan polis tunggu laporan bedah siasat untuk siasatan lanjut," katanya.

0 comments:

share2