Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, January 10, 2015

TEMERLOH : LATIHAN SIMULASI HADAPI BANJIR


Shafie bersama Mohd Sharkar (kiri) melihat kemusnahan 10,000 naskhah buku di Perpustakaan
Desa Kampung Bintang, semalam



Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) akan menggerakkan latihan simulasi menghadapi banjir membabitkan semua agensi di bawahnya supaya lebih siap siaga berhadapan bencana alam pada masa akan datang.

Menterinya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, latihan itu membabitkan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) bukan sahaja keupayaan tenaga kerja bahkan kekuatan struktur di peringkat akar umbi.

Menurutnya, semua latihan termasuk bekalan ubat-ubatan dan makanan untuk satu tempoh tertentu seperti keadaan banjir sebenar akan dijadikan latihan simulasi berdasarkan pengalaman banjir besar yang dihadapi pada 2014.

“Yang penting persediaan kita selepas ini, semua kakitangan di bawah KKLW termasuk Kesedar, Risda dan lain-lain yang ada beribu-ribu anggota termasuk JKKK akan mengikuti latihan simulasi berhadapan banjir ini.

“Kita ada pengalaman banjir besar 2014 dan kita tahu apabila tiba Disember akan berlaku banjir jadi kita perlukan latihan untuk berhadapan situasi sama selepas ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melawat kawasan Kampung Bangau Parit, Teluk Ira dan Bintang yang teruk dilanda banjir, di sini semalam.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan negeri Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin.

Dalam lawatan itu, Yayasan Mara menghulurkan sumbangan barangan bernilai RM60,000 kepada mangsa banjir di kedua-dua kampung itu.

Dalam perkembangan sama, Shafie menggesa semua bangunan agensi di bawahnya termasuk Kemas, MRSM dan lain-lain diperiksa dan disahkan keselamatannya oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) sebelum layak digunakan.

Beliau juga kerja pembersihan dilakukan segera di semua bangunan milik agensi khususnya resort milik agensi di bawah KKLW seperti Kesedar In supaya boleh dijadikan penempatan sementara mangsa banjir.

Menurutnya, semua agensi di bawahnya diminta menghantar nilai kerosakan harta benda akibat musibah banjir minggu depan.

Beliau berkata, setakat ini kerosakan jalan raya, dewan, bangunan dan lain-lain di bawah KKLW telah melebihi RM200 juta.






0 comments:

share2