Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, January 7, 2015

SUKARELAWAN PAHANG DALAM MISI MEMBANTU MANGSA BANJIR DI KELANTAN

Konvoi Sukarelawan Banjir Pahang bersiap sedia




Menteri Besar Pahang berucap melepaskan Konvoi Sukarelawan Banjir Pahang dalam misi membantu mangsa banjir di negeri Kelantan.

Dalam ucapan ringkasnya, beliau juga mengumumkan bahawa kerajaan negeri dibawah Yayasan Pahang telah memperuntukkan  lebih 2 Juta Ringgit bagi membantu pelajar-pelajar dalam menghadapi persekolahan tidak lama lagi.

Bantuan dalam bentuk baucher dimana pelajar-pelajar berkenaan akan mendapatkan 2 pasang pakaian, 2 pasang setokin 1 pasang kasut dan 1 beg sekolah dari kedai-kedai yang sudah ditentukan. Kos dijangkakan sebanyak 2.4 Juta Ringgit yang melibatkan seramai 18 ribu pelajar.

Dalam masa sama beliau juga percaya Perdana Menteri akan melakukan sesuatu dalam membantu mangsa-mangsa banjir terutama di Kelantan yang bukan sahaja kehilangan harta benda bahkan kehilangan tempat tinggal.

Hikmah dari bencana banjir ini adalah semua rakyat bersatu hati tanpa mengira bangsa dan keturunan, agama serta fahaman politik dan kerajaan pusat sentiasa berusaha untuk membantu sedaya upaya dalam mensejahterakan rakyat.


0 comments:

share2