Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, January 12, 2015

MAKLUMAT JAMBATAN BENTONG YANG DITUTUP



Makluman: Berlaku hakisan yang serius di jambatan sungai Bentong akibat hujan lebat dan air sungai yang besar dan deras menyebabkan jalan berlubang semula. Hakisan masih aktif dan lubang dilaporkan makin membesar.

Merujuk kepada pandangan teknikal JKR dan lain-lain jabatan, jambatan Sungai Bentong di bandar Bentong dilaluan FT 02 di tutup sementara waktu bagi semua kenderaan. Papan tanda telah diletak di lokasi berkaitan supaya semua kenderaan guna jalan alternatif Sertik - Mempaga. 

Perbincangan dengan YAB Menteri Besar dan YB Menteri Pengangkutan, jambatan Sungai Bentong kini dibuka sebelah untuk laluan pejalan kaki dan motorsikal sahaja. 'Shuttle' bas akan disediakan dari jambatan ke bandar dan akan buat pusingan di Padang Teras mulai 12/01/15 bermula jam 6.00 pagi hingga 7.00 malam sehingga jambatan boleh dilalui sepenuhnya. 














0 comments:

share2