Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, February 16, 2013

Mungkin Kerana Inilah PAS Mahu Bersama DAP


Tilawah bible yang dibuat di Indonesia akan diadakan di negara ini tidak lama lagi. Malah ianya akan disiarkan secara langsung melalui tv siaran perdana. Segalanya akan dibenarkan jika Pakatan berkuasa selepas PRU 13 nanti.

Ikatan Cendikiawan Islam Kelantan (ICIK) mendedahkan satu klip rakaman tilawah Bible dalam bahasa Arab oleh penganut Kristian dalam satu majlis konvokesyen di Institut Teologi Kalimatullah di Jakarta.

“Ini contoh kekeliruan berlaku, tilawah Bible bahasa Arab, kata Ahli Jawatankuasa Ikatan Cendekiawan Islam Kelantan (ICIK), Mohd. Zawawi Awang sambil menunjukkan rakaman video itu melalui tabletnya.

“Kalau kita dengar, ini semacam tilawah Al Quran. Ini berlaku di Indonesia. Ia mengakhiri dengan, ‘sadaqallahu azim’ sedangkan ini bacaan kitab Bible. Ini cukup bahaya,”katanya dalam sidang media, 12 Februari, di Pondok Al-Najmiah, Genting, Tumpat, Kelantan.

0 comments:

share2