Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, January 11, 2015

KELANTAN PERLUKAN RM900 JUTA DARI KERAJAAN PUSAT ?


LKS_banjir_KB



MACAM mana bapak Guan Eng ini boleh tuduh kerajaan pusat belanja terlalu banyak wang (RM 800 juta) untuk 4 negeri menangani bencana banjir, bila kerajaan Kelantan sendiri umum bahawa negeri itu sahaja perlu bantuan sebanyak RM 900 juta untuk perbaiki rumah dan infrastruktur awam yang musnah akibat banjir?

Setakat datang Kota Bharu naik sampan (orang tolak dari belakang), lepas tu nak dakwa serba serbi tahu pasal skala kemusnahan yang dialami Kelantan akibat dari bencana tersebut, baik tutup mulut sahajalah. Kalau handal, patut Kit Siang dah masuk kawasan macam Kuala Krai dan Gua Musang, baru tahu RM 800 juta itu sebenarnya tidak cukup pun.

Apatah lagi jumlah itu dikongsi oleh 4 negeri lain, bukan Kelantan semata-mata.

Patutnya, inilah masa dan ketika Kit Siang dan Pakatan Rakyat tunjuk betapa hebatnya mereka dalam membantu menyelesaikan masalah rakyat menghadapi bencana ini, bukan pertikai apa yang kerajaan persekutuan dah belanjakan untuk mangsa banjir yang terlibat.

Kerajaan PAS Kelantan pun tak sepatutnya merayu-rayu kepada kerajaan pusat untuk bantu negeri tersebut. Mereka ada manusia Super Hebat bernama Anwar, apa bimbang masalah duit lagi? Ingat, Anwar pernah kata kalau dia jadi Perdana Menteri, dia boleh bawa masuk pelaburan asing jumlah RM 1 trillion (RM 1000 billion) ke negara ini.

Takkan RM 900 juta untuk bantu Kelantan Anwar tak boleh adakan? Kira padanlah dengan taraf Kelantan sebagai negeri yang Pakatan dapat kekal berkuasa disitu.

Begitupun bila kerajaan persekutuan juga yang dicari (bukan Anwar), nampak sangatlah betapa baiknya Datuk Seri Najib Tun Razak ini, paling tidak dapat beza antara politik dan perikemanusiaan, bukan macam Anwar.

Justeru, kalau Kit Siang bukan sebahagian dari penyelesaian, maka dia adalah sebahagian dari masalah. Dari pertikai berapa kerajaan persekutuan belanja untuk bantu mangsa banjir, adalah lebih baik Kit Siang, Anwar dan segala bijak pandai kononnya dalam Pakatan tu, bantu Kelantan cari duit sebanyak RM 900 juta.

Usaha dulu, jangan harap kerajaan pusat semata-mata sebab bukan Kelantan sahaja negeri yang nak ditengok, negeri-negeri lain pun ada masalah juga yang kerajaan pusat perlu beri perhatian.




0 comments:

share2