Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, December 23, 2014

PELANCARAN SETEM DAN SYILING PERINGATAN

KDYMM Tuanku Sultan Pahang dan Sultanah Pahang mendengar taklimat dari pihak urusetia.


KUALA LUMPUR - Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah berkenan merasmikan majlis pelancaran Syiling Peringatan dan Setem Kenangan sempena sambutan 40 tahun pemerintahan baginda, di sini hari ini.

Majlis tersebut menyaksikan keluaran syiling peringatan dan setem kenangan 40 tahun pemerintahan Sultan Pahang yang menduduki takhta bagi tempoh tersebut.


KDYMM Tuanku Sultan Pahang menyaksikan gimik pelancaran. 

Syiling peringatan itu dijual dengan harga RM6,999 sekeping dan hanya dikeluarkan sebanyak 3,999 keping. Sementara setem kenangan itu dijual dengan harga RM19.10 bagi satu set folder lengkap (20 keping).

Turut berangkat, Sultanah Pahang Sultanah Hajah Kalsom. Turut hadir Menteri Besar Pahang, Dato' Sri DiRaja Haji Adnan bin Haji Yaakob.


YAB Menteri Besar, Dato' Sri DiRaja Haji Adnan Bin Haji Yaakob dengan YB Dato' Sri Haji Shahirudin bin Ab. Moin dan Dato' Hajjah Shahaniza binti Shamsuddin selaku Pengerusi Bersama menyampaikan cenderahati
kepada KDYMM Tuanku Sultan Pahang.


Terdahulu YAB Menteri Besar Pahang dalam ucapannya berkata, keluaran setem itu sangat penting bagi generasi akan datang untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pemerintahan Sultan Pahang.

Syiling peringatan tersebut boleh didapati melalui tempahan daripada Syarikat Triplenine Goldworld Gallery Sdn Bhd, manakala setem kenangan itu akan dijual di semua pejabat pos seluruh negara mulai 29 Disember ini. 

- Bernama

0 comments:

share2