Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, December 23, 2014

KUANTAN: JANGAN LAKUKAN AKTIVITI PANTAI


Fatimah mendengar taklimat daripada pegawai bomba dan polis yang bertugas dalam operasi
menyelamat mangsa yg dikhuatiri lemas


Kuantan - Polis menasihatkan orang ramai supaya tidak melakukan aktiviti di pantai dalam keadaan cuaca buruk dan ombak besar bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.

Timbalan Ketua Polis Pahang, Datuk Fatimah Ghazali berkata, mereka yang mencari sumber rezeki di laut perlu mendapatkan maklumat mengenai keadaan laut dan cuaca sebelum meneruskan aktiviti itu.

“Buat masa ini, sebarang aktiviti di kawasan laut memang tidak selamat kerana ombak kuat dan angin kencang,” katanya ketika meninjau operasi mencari dan menyelamat mangsa yang dikhuatiri lemas di pantai Kampung Baru, Gebeng, semalam.

Menurutnya, anggota bomba dan penyelamat terpaksa menghentikan operasi mencari kerana angin kencang dan ombak besar.

Mangsa, Tan Kok Meng, 37, dipercayai lemas kelmarin ketika memancing bersama rakannya Chea Yong San, dengan menaiki bot gentian kaca sebelum dipukul ombak kira-kira jam 8 pagi.

Sementara itu, Penguasa Kanan Bomba, Ketua Zon 1 Pahang, Ramli Yusof berkata, kerja-kerja menyelamat akan mengikut jadual yang ditetapkan namun keadaan cuaca yang membimbangkan menyebabkan operasi dihentikan.

“Setakat ini operasi masih tidak dapat diteruskan kerana hujan lebat dan ombak tinggi,” katanya.

Beliau berkata, seramai 40 anggota keselamatan termasuk polis, polis marin dan bomba akan meneruskan operasi menyelamat mangsa yang dikhuatiri lemas selain sepuluh penyelam yang bertugas.

“Pencarian akan berfokus di kawasan kira-kira 300 meter dari bot terbalik dan sehingga kini tiada sebarang bukti ditemui yang dapat memberi petunjuk kepada kerja-kerja mencari dan menyelamat,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, pihak bomba dan polis akan terus berusaha mencari mangsa apabila keadaan cuaca mengizinkan mereka menyambung operasi.

Dalam kejadian kelmarin, dua rakan yang menghabiskan cuti hujung minggu dengan memancing bersama berakhir tragedi selepas seorang dari mereka dikhuatiri lemas selepas bot yang dinaiki terbalik di pantai Kampung Baru, Gebeng di

Ketika kejadian kira-kira jam 8 pagi itu, bot yang dinaiki Yong San dan Kok Meng dipukul ombak menyebabkannya terbalik namun Yong San berjaya berenang ke pantai.

0 comments:

share2