Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, December 23, 2014

JERANTUT : 102 PELANCONG TERKANDAS DI TAMAN NEGARA AKIBAT BANJIR


Mesyuarat Jkuasa Bencana Jerantut


Jerantut - Seramain 102 orang pelancong asing dan dalam negara dilaporkan terkandas di Taman Negara, Kuala Tahan. Demikian menurut sumber dari Mutiara Taman Negara Resort dan diperakui didalam mesyuarat Jawatankuasa Bencana Daerah Jerantut.

Pelancong Malaysia 13 dewasa dan 9 kanak-kanak, Belanda 13 dewasa 3 kanak-kanak, UK 9 dewasa, Perancis 13 dewasa 5 kanak-kanak, Sweden 2 dewasa, Australia 2 dewasa, UAE 5 dewasa 5 kanak-kanak, Canada 2 dewasa, Romania 4 dewasa, Belgium 2 dewasa 2 kanak-kanak, Jerman 4 dewasa 2 kanak-kanak, Norway 4 dewasa 1 kanak-kanak, Rep. Checz 2 dewasa. 

Bagaimanapun, pelancong yang menginap dilain-lain chalet dan resort masih belum diketahui bilangannya.

Menurut sumber juga, TUDM akan memberi khidmat bagi mengangkut bantuan makanan ke kawasan- kawasan terlibat hari esok serta cuba membawa seorang ibu mengandung dari Kg. Bantal, Ulu Tembeling ke hospital Jerantut untuk mendapatkan rawatan.









0 comments:

share2